Sunday, 4 September 2011

UCAPAN RAYA

Lambat pula.  Tapi tetap nak buat ucap selamat juga.
Selamat
Hari Raya
Aidilfitri
MAAF ZAHIR & BATIN.

Monday, 18 July 2011

UBAH-SUAI WARNA

Kawan-kawan asyik komen tentang berwajah suram.  Jadi hari ini cuba-cubalah mencari kesesuaian yang lebih baik.

Mula-mula nak tukar langsung.  Tapi susah pula melakukannya.  Akhirnya, inilah hasil ubah-suai yang dilakukan.

Saturday, 2 July 2011

BULAN-BULAN BARU

Cepatnya masa berjalan.  Sekarang sudah pun masuk setengah tahun 2011.

Kita sudah pun berada di bulan Julai.  Mengikut kalendar Islam, kita sudah masuk bulan Syaaban. 

Ini bererti sebulan lagi kita akan mula berpuasa bulan Ramadhan.  Semoga kita dipanjangkan umur untuk dapat mempertingkatkan amalan dan mendapat ganjaran yang lebih baik.  Amin.

Monday, 20 June 2011

KENAPA HARUS MENIDAKKAN KEBEBESAN KEPADA PIHAK TERTENTU

Memang pelek betul.  Aku memang tidak pandai sangat.  Tapi aku dah muak dengan alasan bapa dan mak menteri dan seangkatan yang tak masuk akal.

Kenapa segala apa saja kata yang bukan pemerintah itu salah semuanya.  Sebaliknya segala yang dikata dan disarankan oleh pihak yang memerintah itu mesti diterima sebagai yang benar dan terbaik.

Begitu juga dengan perhimpunan dan perayaan dan segala macam itu.  Bila dikepalai atau diusulkan oleh mereka dalam pihak pemerintah, acara boleh dilaksanakan, tetapi sebaliknya jika dianjurkan oleh pihak lain dikatakan akan mengancam keamanan.

Kenapa menidakkan kebebasan kepada semua pihak secara adil, rasional dan sama rata.  Hakikatnya, mana ada satu pihak semua betul, dan satu pihak pula semuanya salah.

Sepertinya kita keterbelakang.  Bukan semakin maju dan pandai tetapi semakin bengok.  Apa yang terbukti ialah kecemerlangan hanya akan ujud bila kita mengembeling yang terbaik dari semua pihak.

Sunday, 12 June 2011

HAZAMA JUARA AF9!!!

Berdebar betul menunggu keputusan ini.  Orang kat Putrajaya entah macam mana la!

Keputusan baru saja diumumkan.  Juara AF9 ialah Hazama.  Memang tepat jangkaan majoriti.  Malam ini,  Hazama memang hebat!

Tahniah Hazama.  Anda memang layak bergelar Juara 9.

Tempat kedua atau naib juara jatuh kepada Lena.  Fina menduduki tempat ketiga dan tempat keempat ialah Azri.

Wednesday, 25 May 2011

SCOTTY McCREERY JUARA AMERICAN IDOL 2011

Hebuh di Facebook dengan kemenangan Scotty McCreery sebagai American Idol 2011.  Memang remaja memujanya.

Sambutan untuk final American Idol 2011 ini sungguh menakjubkan.  Sebanyak 122 juta undi masuk.  Lebih 4 kali ganda penduduk Malaysia tu!

TAHNIAH kepada Scotty!

Sunday, 8 May 2011

MELODI HILANG UMMPHHH

Hilang seri sudah.  Dulu aku selalu tengok Melodi pada hari Ahad kalau aku ada di rumah.  Kalau tidak aku tengok siaran ulangan.

Pada pendapat aku rancangan panas Melodi di TV3 sudah hilang ummpph kembali.  Tawar hambar dan nampak ada kekurangannya.

Aku percaya ramai orang merasai.  Yang tak rasa tu samaada peminat kedua pengacara-pengacara baru, ataupun mereka memang tidak kisah.

Tuesday, 26 April 2011

LANGKAH PERTAMA

Ramai orang nampak seronok bila bercerita pasal dunia blogging di Maya.  Jadi aku pun rasa terpanggil untuk ikut berada di Maya juga.

Mudah-mudahan ada kebaikan di sini.  Kalau dapat kenal beberapa kawan untuk berinteraksi pun jadilah.  Tak ada la rasa boring nanti bila ada masa terluang.