Memang pelek betul. Aku memang tidak pandai sangat. Tapi aku dah muak dengan alasan bapa dan mak menteri dan seangkatan yang tak masuk akal.
Kenapa segala apa saja kata yang bukan pemerintah itu salah semuanya. Sebaliknya segala yang dikata dan disarankan oleh pihak yang memerintah itu mesti diterima sebagai yang benar dan terbaik.
Begitu juga dengan perhimpunan dan perayaan dan segala macam itu. Bila dikepalai atau diusulkan oleh mereka dalam pihak pemerintah, acara boleh dilaksanakan, tetapi sebaliknya jika dianjurkan oleh pihak lain dikatakan akan mengancam keamanan.
Kenapa menidakkan kebebasan kepada semua pihak secara adil, rasional dan sama rata. Hakikatnya, mana ada satu pihak semua betul, dan satu pihak pula semuanya salah.
Sepertinya kita keterbelakang. Bukan semakin maju dan pandai tetapi semakin bengok. Apa yang terbukti ialah kecemerlangan hanya akan ujud bila kita mengembeling yang terbaik dari semua pihak.
Salam Ija.
ReplyDeleteMemang mentaliti biul!
Salam kenal.
ReplyDeleteTq kerana follow sis. I follow balik juga.
Salam Ija.
ReplyDeleteBanyak orang takut kepada bayang2 sendiri!